10.05.2009

Miss World Malaysia 2009 - MW




































PETALING JAYA : Seorang pelajar bidang undang-undang Thanuja Ananthan telah membuktikan peluang keduanya memperolehi kejayaan. Walaupun dia hanya seorang peserta akhir dalam Miss World Malaysia pada tahun lepas, dia tidak berputus asa dalam mencapai kejayaan pada tahun ini. Dia telah memenangi mahkota Miss World Malaysia 2009.

Miss World Malaysia 2009 telah diadakan di Sunway Pyramid pada 2 oktober lalu dan ini adalah pertama kali dilakukan di dalam pusat membeli - belah yang disaksikan oleh orang ramai tanpa bayaran masuk untuk menyaksikan Miss World Malaysia peringkat akhir.

Seramai 19 peserta Miss World Malaysia 2009 telah bertanding di peringkat akhir. Dan mahkota Miss World Malaysia 2009 telah dimenangi oleh Thanuja Ananthan, naib johan pula di sandang oleh Stefanie Chua dan tempat ketiga Christy Yeoh.

Thanuja yang berumur 23 tahun ini juga tidak menyangka bahawa dia akan memenangi mahkota Miss World Malaysia 2009 ini kerana semasa sesi soal jawab dia tidak dapat memberi sepenuh perhatian,luahan Thanuja.

Persembahan Miss World Malaysia 2009 kali ini amat meriah berbanding tahun lepas, kemeriahan peringkat akhir Miss World Malaysia 2009 membuat penonton merasakan teruja dalam menyaksikan pesembahan kesemua peserta dari mula sehingga habis pertandingan. by MOHD FAIHAN MOHD GHANI

Sekitar USAF Thunderbirds di TUDM Subang.




































SUBANG 3 Okt. - Kira-kira 100,000 terpesona menyaksikan pertunjukan aerobatik pasukan Thunderbirds dari Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) dan pesawat Sukhoi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Subang hari ini.

Hujan renyai-renyai tidak menghalang kehadiran penonton malah mereka yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya di kawasan Kampung Melayu Subang serta beberapa tempat di Shah Alam dapat menyaksikan pertunjukan itu dari luar kawasan pangkalan.

Kehadiran pertama Thunderbirds dan pertunjukan ketiga Sukhoi dalam Pertunjukan Udara Subang 2009 itu membuatkan penduduk sekitar mengambil kesempatan keluar rumah untuk sama-sama menyaksikan persembahan berkenaan.

Pertunjukan dimulakan pada pukul 11.30 pagi dengan penampilan sebuah pesawat Sukhoi SU-30MKM yang diterbangkan Leftenan Kolonel Muhammad Norazlan Aris dengan dibantu Mejar Mohd. Jasmi Abdul Wahab.

Dalam pertunjukan selama kira-kira 15 minit itu kedua-dua juruterbang TUDM itu mempamerkan kecekapan mereka melakukan aksi-aksi berani ketika mengendalikan jet pejuang berkenaan.

Ia diteruskan dengan penampilan enam pesawat Thunderbirds F-16 yang melakukan tiga formasi mendebarkan iaitu Solo, Diamond dan Delta selama kira-kira 45 minit.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat menyaksikan pertunjukan itu.

Hadir sama Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Rodzali Daud.

Turut hadir Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, James R. Keith serta beberapa duta asing lain. Utusan Online