10.05.2009

Sekitar USAF Thunderbirds di TUDM Subang.




































SUBANG 3 Okt. - Kira-kira 100,000 terpesona menyaksikan pertunjukan aerobatik pasukan Thunderbirds dari Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) dan pesawat Sukhoi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Subang hari ini.

Hujan renyai-renyai tidak menghalang kehadiran penonton malah mereka yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya di kawasan Kampung Melayu Subang serta beberapa tempat di Shah Alam dapat menyaksikan pertunjukan itu dari luar kawasan pangkalan.

Kehadiran pertama Thunderbirds dan pertunjukan ketiga Sukhoi dalam Pertunjukan Udara Subang 2009 itu membuatkan penduduk sekitar mengambil kesempatan keluar rumah untuk sama-sama menyaksikan persembahan berkenaan.

Pertunjukan dimulakan pada pukul 11.30 pagi dengan penampilan sebuah pesawat Sukhoi SU-30MKM yang diterbangkan Leftenan Kolonel Muhammad Norazlan Aris dengan dibantu Mejar Mohd. Jasmi Abdul Wahab.

Dalam pertunjukan selama kira-kira 15 minit itu kedua-dua juruterbang TUDM itu mempamerkan kecekapan mereka melakukan aksi-aksi berani ketika mengendalikan jet pejuang berkenaan.

Ia diteruskan dengan penampilan enam pesawat Thunderbirds F-16 yang melakukan tiga formasi mendebarkan iaitu Solo, Diamond dan Delta selama kira-kira 45 minit.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat menyaksikan pertunjukan itu.

Hadir sama Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Rodzali Daud.

Turut hadir Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, James R. Keith serta beberapa duta asing lain. Utusan Online



No comments: